BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

favourite music

Sunday, 20 March 2011

BAHAYA RADIASI TELEFON BIMBIT DAN LANGKAH BIJAK PENGGUNA


Perkembangan teknologi telah menyebabkan kehidupan manusia bertambah baik. Telefon bimbit atau handphone merupakan salah satu alat perkembangan teknologi. Dengan kecanggihannnya, telefon bimbit bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi malah boleh juga digunapakai untuk mengirim data di internet, menonton televisyen, mendengar radio mahupun mp3. Namun begitu, di sebalik semua kecanggihan dan manfaat yang diperoleh dari telefon bimbit ternyata terdapat kesan negatif yang merugikan penggunanya.
                Tanpa sedar, sebenarnya telefon merupakan alat yang banyak mengeluarkan radiasi yang besar secara tidak langsung boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan penggunanya. Antara kesan-kesannya termasuklah memanaskan otak dan kulit, risiko terkena kanser, kerosakan sistem pertahanan tubuh dan DNA, kelahiran bayi yang cacat, berlaku peningkatan tekanan darah, penyakit Alzheimer dan Parkinson, Jantung dan Batu Gintal. Tambahan lagi, bahaya radiasi telefon juga menyebabkan penurunan ghairah seks, rasa terbakar dan juga kelelahan, mudah sakit kepada serta kehilangan konsentrasi.
                Menurut kajian pada 2004 yang dilakukan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas  meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali. Begitu juga dengan kajian lain menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit mampu merosakan genetik dalam darah manusia.
              Oleh itu, sebagai pengguna harus peka dan melindungi diri dari serangan radiasi melalui penggunaan telefon. Antaranya adalah menggunakan headset ataupun speaker untuk membuat panggilan ataupun juga sewaktu menerima panggilan. Selain itu menggunakan speakerphone dengan jarak sejauh 20cm. hal ini bertujuan mengelakan pancaran radiasi yang ditarik oleh sel dalam telefon ke dalam tubuh.
                Selain itu, bagi mengelakkan diri dari pendedahan radiasi yang besar seharusnya pengguna perlu banyak menggunakan sms(Short Message Service) daripada membuat panggilan. Kurangkan penggunaan telefon yang terlalu lama. Cukup sekadar beberapa minit dan harus dielakkan membuat panggilan terlalu lama yang mana lebih mendorong pengguna terdedah kepada radiasi yang besar. Sebenarnya berbual menggunakan telefon bimbit dalam tempoh 50 minit sudah cukup untuk mengubah aktiviti sel dalam bahagian otak kerana ia berada paling hampir dengan antena gajet tersebut.
               Tambahan lagi, pengguna harus peka terhadap posisi telefon. Telepon tidak boleh disimpan di bahagian lengan atau pinggang termasuklah dalam poket seluar. Seperti mana kenyataan dalam akhbar Harian bertarikh 16 Mac 2011, Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata terdapat kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma. Hal ini kerana pengguna akan lebih terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan. Radiasi elektromagnetik dari telefon atau haba yang dihasilkannya dipercayai penyebab kepada kerosakan sperma.
               Selain itu, langkah bijak bagi pengguna adalah memiliki jenis telefon yang mempunyai radiasi rendah. Contohnya adalah telefon berjenama Motorola V3688 yang mempunyai tingkat radiasi yang rendah dengan itu dapat mengurangkan risiko kanser otak. Namun begitu, terdapat telefon yang boleh menyebabkan telinga cepat panas. Ini disebabkan oleh telefon tersebut mempunyai internal antena sehingga pancaran radiasi mengarah ke bahagian telinga. Oleh itu, pengguna harus bijak dalam penggunaan telefon yang mana memiliki tingkat radiasi yang rendah di samping signal yang tidak terlampau kuat.
Oleh itu, bahaya penggunaan telefon tidak boleh dipandang remeh. Yakinlah bahawa penggunaan alat komunikasi seperti telefon bimbit yang tidak bijak mampu mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan.

Monday, 14 March 2011

Gambar Inovasi Ciptaan Sendiri (Pencil Bott Fyza Zyfa)

Saya telah mereka satu objek yang dinamakan PENCIL BOTT FYZA ZYFA.
Ianya diperbuat dari bahan-bahan buangan termasuklah botol dan kotak.
Alhamdulillah, hasilnya adalah seperti berikut-












Sekian terima kasih..('',)

video inovasi 10

video

video inovasi 9


video

video inovasi 8


video

video inovasi 7


video

Saturday, 12 March 2011

video inovasi 6


video

video inovasi 5


video

video inovasi 4

video

video inovasi 3


video

video inovasi 2


video

video inovasi 1


video

Monday, 7 March 2011

10 gambar inovasi

Gambar-gambar teknologi dan inovasi

1) PULPEN MASA DEPAN (Color Picker Pen)






• Saat ini, telah ada teknologi baru pulpen masa depan, yang dapat menscan warna dari benda apapun yang ada disekitar kita.
• Pulpen ini bisa digunakan secara instant, baik untuk menggambar, maupun menulis. Pulpen ini dinamakan Color Picker Pen.
• Inovasi konsep pulpen masa depan ini diciptakan oleh seorang designer asal korea, Jinsu Park.
• Cara menggunakannya pun sangat mudah, iaitu : pertama letakkan sensornya pada objek warna yang kita inginkan, kemudian tekan tombol scan. RGB cartridge akan berfungsi, sehingga warna yang kita mahu akan muncul di display pada pulpen tersebut.

2. Rumah masa depan



• Alat ciptaan General Motors West Coast Advanced Design Studio ini dikenali sebagai rumah masa depan dalam bentuk mobil.
• Terpilih sebagai model terbaik pada even Design Challenge di Los Angeles Auto Show.
• Konsep rumah mobil dengan teknologi moden ini dinamai GMC PAD.
• Selain di jadikan kenderaan, juga boleh dijadikan tempat tinggal.
• Di dalamnya mengandungi semua kelengkapan rumah.


3. Rak Buku Yang Awesome


Rak buku ini dinamakan Tangram


-Rekaan dari Syarikat Lago di Itali.
-Mempunyai 7 bentuk rak dan setiap bentuk adalah dari bentuk asas.
-Boleh bentukkan rak menjadi manusia, haiwan, Star Wars dan sebagainya.


-Rak buku yang berbentuk peta.
-Adalah ciptaan Ron Arad dari United States.


Gua membaca

• Kerusi ini sesuai untuk mereka yang gemar membaca.
• Pereka adalah dari Jepun dan ini adalah idea artis Sakura Adachi.
• Pecinta buku amat menyukainya kerana kerusi sangat nyaman dan tahan lama, juga menjimatkan ruang yang ditempati oleh perabot besar kerana peranti adalah "di dalam "rak buku.
• Selain menggalakan tabiat membaca, mereka juga tidak akan rasa terganggu untuk menelaah dan menikmati pembacaan.


Rak buku terbalik.

-Rak buku ni memang sesuai letak dekat bucu/kepala katil.
-Tidak perlu susah-susah bangun  untuk mengambil buku.
-Rak ini memang kukuh, dan tidak akan merosakkan buku.


4. AGV SESUAIKAN BENTUK KEPALA













• Produk helm asal Italia, AGV. Helm.
• Menemukan trobosan baru dalam memberikan kemudahan bagi si pengguna dengan cara terlebih dahulu mengukur kepala si pengguna untuk mendapatkan ukuran yang sesuai serta memberi keselesaan saat dipakai.
• Langkah awal penyesuaian kepala pengguna akan di scan yang selanjutnya direka menggunakan teknologi CAD.
• Kemudian mengukur lingkar kepala, secara tiga dimensi bagi mendapatkan ukuran yang betul.
• Setelah melalui proses scan, hasilnya dibuat sebagai prototipe atau konsep yang selanjutnya dirancang bentuk kepala.
• Jika sudah berbentuk helm, maka akan di masukan ke alat berupa terowongan angin yang berfungsi untuk mengetahui tingkat aerodinamika sekaligus saluran ventiasi untuk suhu di dalam helm tetap terjaga. Proses akhir pun dilakukan pemeriksaan atau percubaan sesuai keinginan si pengguna.


5. AirMouse: Mouse Canggih Masa Depan


-AirMouse adalah sebuah mouse dengan sistem seperti sebuah sarung tangan atau dengan kata lain mouse ini dipakaikan ke tangan secara langsung.
-AirMouse menggunakan sistem nirkabel dimana bateri isi ulang yang ada dapat bertahan selama 1 minggu dengan sekali isi ulang. Cara penggunaannya juga mudah, anggap saja anda menggunakan mouse tapi tidak ada mouse di bawah tangan anda.
-AirMouse juga menggunakan sistem laser sama seperti mouse lainnya dan optical diletakkan di bawah telapak tangan.
-AirMouse menjanjikan kecepatan dan akurasi dibandingkan mouse biasa. AirMouse rencananya akan mulai dijual sekitar pertengahan tahun 2011 dengan harga US$ 129 (sekitar Rp. 1,25 juta).


6. Honda 3R-C Concept




• Honda 3R-C adalah Revolusioner konsep kenderaan listrik masa depan di aktifkan oleh bateri lithium ion, Honda 3R-C kenderaan untuk satu orang.
• Honda 3R-C diciptakan oleh Milan Honda studio.

• Bateri dipasang rendah di cas tiga roda , sehingga menjaga pusat graviti rendah dan dengan demikian meningkatkan kestabilan.

• Honda 3R-C memiliki kanopi yang mencakup.
• Keamanan sisi tinggi pada kursi cangkang yang memberikan keselesaan lebih besar kepada pemandu, mengurangi ancaman dan meningkatkan perlindungan cuaca.
• Di bahagian depan, terdapat area boot terkunci yang berguna untuk penyimpanan barang.
• Rekaan Honda 3R-C menciptakan penutup fleksibel yang mengelilingi tubuh bagian atas untuk mengurangi cuaca buruk dan meningkatkan keselesaan.

7. Peugeot Metromorph (Kereta yang boleh menempel di dinding)




• Kenderaan masa depan dari pabrikan Peugeot, Perancis.
• Kendaraan masa depan ini dioperasikan dalam dua mode: pertama sebagai kenderaan listrik bertenaga bateri sekaligus sebagai balkon. Dan 2 motor listrik in-wheels pada tayar depannya mengarahkan kenderaan ini.
• Dua pintu besar akan terbuka di bahagian atasnya untuk keluar masuk.

• Kenderaan ini boleh merayap dan memanjat di dinding bangunan dan parking tepat.
• Penggunaannya sesuai seiring dengan masa depan yang semakin crowded terutamanya di ibu-ibu kota.
• Kenderaan ini untuk dua orang.

8. BLUE



• Blue adalah sebuah alat berbentuk mangkuk (bowl).
• Fungsi alat ini adalah membolehkan buah-buahan dapat bertahan kesegarannya lebih lama dibandingkan memasukkannya ke dalam alat-alat nyah bacteria yang lain.
• Alat ini melalui sinar khusus akan membunuh semua kuman atau bakteri yang biasanya sering membuat buah-buahan menjadi busuk/ rosak.


9. LIGHT TOUCH





• Sebuah projektor interaktif kecil dengan resolusi WVGA yang boleh memaparkan gambar sampai ukuran 10 inci dan mengubah semua permukaan menjadi layar sentuh.
• Ukurannya sangat kecil, hanya 98 x 35 x 165 mm dengan berat hanya 400 gram.
• Tiada bunyi apabila di klik.
• Telah mulai dipamerkan di Las Vegas.


10. Mengubah Ponsel Jadi Alat Periksa Mata



• Alat inovasi ciptaan sekelompok ilmuwan asal Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika.
• Mereka mengubah ponsel menjadi alat yang dapat memeriksa kesihatan mata.
• Alat bantu yang ada pada ponsel ini bernama Near-Eye Tool for Refractive Assessment atau yang lebih dikenal dengan sebutan NETRA.
• NETRA dikatakan sebagai alat pemeriksaan mata yang cukup canggih, mudah digunakan, dan dibuat dengan harga yang terjangkau.
• Cara kerja alat ini sama seperti ketika kita ingin memeriksakan mata ke optik. Pertama, user diminta untuk memeriksakan mata menggunakan ponsel yang telah dimodifikasi dengan lensa plastik. Pemeriksaan ini dilakukan sebanyak 8 kali.
• Kemudian setelah data diterima, ada aplikasi khusus untuk menganalisa hasilnya. Aplikasi ini terus memberikan saranan yang terbaik hanya dalam waktu singkat.
• Jadi, user tak perlu harus selalu berkunjung ke klinik mata, tapi boleh memeriksakan matanya sendiri. Sebab NETRA boleh berfungsi sebagai alat memeriksa kesihatan mata, melakukan diagnosa, dan membantu mandapatkan kaca mata yang sesuai.

Sunday, 6 March 2011

1st step... Profil Diri

Alhamdulillah, akhirnya diri ini berjaya membuka satu blog untuk subjek teknologi & inovasi di bawah tenaga pengajar En Jasmy.

Semoga Allah S.W.T  memberkati ilmu yang diperoleh setiap masa dan ketika.

Diharapkan juga Allah S.W.T mempermudah segala urusanku di dunia dan juga di akhirat.. Amin.. Subhanallah!!... Allah Akbar!!

~~~~Profil Diri~~~~~

Nama: Noorhafiza hasni Ab Manaf
No Matrik: A 127607
Fakulti/ Tahun: FSSK/2
Program: Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Pembangunan Manusia)
Kursus: Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan (GGGE 2123)
Pensyarah: En Mohd Jasmy Abd Rahman
Kuliah: Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan
Tutorial: Makmal 3, Fakulti pendidikan
             Selasa, 8 pm- 10 pm