BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

favourite music

Sunday 20 March 2011

BAHAYA RADIASI TELEFON BIMBIT DAN LANGKAH BIJAK PENGGUNA


Perkembangan teknologi telah menyebabkan kehidupan manusia bertambah baik. Telefon bimbit atau handphone merupakan salah satu alat perkembangan teknologi. Dengan kecanggihannnya, telefon bimbit bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi malah boleh juga digunapakai untuk mengirim data di internet, menonton televisyen, mendengar radio mahupun mp3. Namun begitu, di sebalik semua kecanggihan dan manfaat yang diperoleh dari telefon bimbit ternyata terdapat kesan negatif yang merugikan penggunanya.
                Tanpa sedar, sebenarnya telefon merupakan alat yang banyak mengeluarkan radiasi yang besar secara tidak langsung boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan penggunanya. Antara kesan-kesannya termasuklah memanaskan otak dan kulit, risiko terkena kanser, kerosakan sistem pertahanan tubuh dan DNA, kelahiran bayi yang cacat, berlaku peningkatan tekanan darah, penyakit Alzheimer dan Parkinson, Jantung dan Batu Gintal. Tambahan lagi, bahaya radiasi telefon juga menyebabkan penurunan ghairah seks, rasa terbakar dan juga kelelahan, mudah sakit kepada serta kehilangan konsentrasi.
                Menurut kajian pada 2004 yang dilakukan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas  meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali. Begitu juga dengan kajian lain menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit mampu merosakan genetik dalam darah manusia.
              Oleh itu, sebagai pengguna harus peka dan melindungi diri dari serangan radiasi melalui penggunaan telefon. Antaranya adalah menggunakan headset ataupun speaker untuk membuat panggilan ataupun juga sewaktu menerima panggilan. Selain itu menggunakan speakerphone dengan jarak sejauh 20cm. hal ini bertujuan mengelakan pancaran radiasi yang ditarik oleh sel dalam telefon ke dalam tubuh.
                Selain itu, bagi mengelakkan diri dari pendedahan radiasi yang besar seharusnya pengguna perlu banyak menggunakan sms(Short Message Service) daripada membuat panggilan. Kurangkan penggunaan telefon yang terlalu lama. Cukup sekadar beberapa minit dan harus dielakkan membuat panggilan terlalu lama yang mana lebih mendorong pengguna terdedah kepada radiasi yang besar. Sebenarnya berbual menggunakan telefon bimbit dalam tempoh 50 minit sudah cukup untuk mengubah aktiviti sel dalam bahagian otak kerana ia berada paling hampir dengan antena gajet tersebut.
               Tambahan lagi, pengguna harus peka terhadap posisi telefon. Telepon tidak boleh disimpan di bahagian lengan atau pinggang termasuklah dalam poket seluar. Seperti mana kenyataan dalam akhbar Harian bertarikh 16 Mac 2011, Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata terdapat kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma. Hal ini kerana pengguna akan lebih terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan. Radiasi elektromagnetik dari telefon atau haba yang dihasilkannya dipercayai penyebab kepada kerosakan sperma.
               Selain itu, langkah bijak bagi pengguna adalah memiliki jenis telefon yang mempunyai radiasi rendah. Contohnya adalah telefon berjenama Motorola V3688 yang mempunyai tingkat radiasi yang rendah dengan itu dapat mengurangkan risiko kanser otak. Namun begitu, terdapat telefon yang boleh menyebabkan telinga cepat panas. Ini disebabkan oleh telefon tersebut mempunyai internal antena sehingga pancaran radiasi mengarah ke bahagian telinga. Oleh itu, pengguna harus bijak dalam penggunaan telefon yang mana memiliki tingkat radiasi yang rendah di samping signal yang tidak terlampau kuat.
Oleh itu, bahaya penggunaan telefon tidak boleh dipandang remeh. Yakinlah bahawa penggunaan alat komunikasi seperti telefon bimbit yang tidak bijak mampu mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan.

29 comments:

budakbaik said...

Penggunaan telefon pada hari ini semakin popular dan semin berkembang selaras dengan keperluan masyarakat khususnya di negara-negara maju dan negara-negara yang sedang membangun. Walaupun penggunaan telefon mempunyai keburukan seperti risiko akibat radiasi, namun ianya tidak dapat mengahalang manusia daripada menggunakannnya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pada pendapat saya, antara cara bagi mengurangkan risiko ini adalah dengan menghadkan penggunaan telefon. Contohnya seperti hanya mengaktifkan telefon pada waktu-waktu tertentu sahaja. Matikan telefon pada waktu-waktu yang dirasakan tidak penting pengguanaannya. Semoga pada masa akan datang, penciptaan telefon yang tidak mempunyai risiko radiasi dapat dicipta bagi menjamin kesihatan generasi manusa pada masa akan datang.

-MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
-PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA)
-TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
-FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

budakbaik said...

Penggunaan telefon pada hari ini semakin popular dan semin berkembang selaras dengan keperluan masyarakat khususnya di negara-negara maju dan negara-negara yang sedang membangun. Walaupun penggunaan telefon mempunyai keburukan seperti risiko akibat radiasi, namun ianya tidak dapat mengahalang manusia daripada menggunakannnya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pada pendapat saya, antara cara bagi mengurangkan risiko ini adalah dengan menghadkan penggunaan telefon. Contohnya seperti hanya mengaktifkan telefon pada waktu-waktu tertentu sahaja. Matikan telefon pada waktu-waktu yang dirasakan tidak penting pengguanaannya. Semoga pada masa akan datang, penciptaan telefon yang tidak mempunyai risiko radiasi dapat dicipta bagi menjamin kesihatan generasi manusa pada masa akan datang.

-MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
-PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA)
-TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
-FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

S u E z A n A h A n N a said...

ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

NORSUHAIDA BINTI RASHID
A128064
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
SEMESTER 2, SESI 2010/2011

Fatin said...
This comment has been removed by the author.
Fatin said...
This comment has been removed by the author.
Fatin said...
This comment has been removed by the author.
Fatin said...
This comment has been removed by the author.
Fatin said...

assalamualaikum cik fiza,

Saya amat tertarik dengan maklumat yang anda berikan tersebut. Di sini saya terdapat sedikit informasi yang ingin dikongsi mengenai bahaya radiasi tersebut.

Di Landon kesan radiasi daripada telefon bimbit dikenal pasti sebagai punca masalah pemilik alat komunikasi itu untuk tidur nyenyak selain menyebabkan sakit kepala serta kekeliruan di kalangan remaja dan kanak-kanak yang menggunakannya.

Penyelidikan yang disiarkan akhbar The Independent menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur menyebabkan orang ramai mengambil masa lebih panjang untuk tidur dan kurang mendapat tidur selesa, sekali gus menjejaskan kemampuan tubuh mendapatkan kembali tenga yang telah digunakan pada waktu siang hari.

Hasil kajian paling membimbangkan bagi kanak-kanak dan remaja, yang kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam dan tidak mempunyai tidur yang mencukupi.

Kegagalan mendapatkan tidur mencukupi boleh membawa kepada perubahan 'mood' dan personaliti, kemurungan, kurang tumpuan dan persembahan akademik teruk.

FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
A127817
FSSK/2
TUTORIAL-ISNIN 8-10 MALAM.
MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN

ADEEQMANEYS said...

salam Cik Fyza..

Terima kasih kerana memberikan info tentang bahaya penggunaan radiasi handphone terhadap kesihatan pengguna. Sebagai pengguna harus bijak untuk menengani kesan radiasi handphone jika digunakan dalam jangka masa yang lama. Walaupun ciptaan handphone semakin hari semakin canggih namun pengguna perlu berhati-hati dengan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan. Tak perlu sayang duit, sebaiknya kesihatan diri yang perlu diutamakan kerana tubuh badan kita adalah anugerah tuhan yang perlu dijaga dan dipelihara.

sekian..

NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
A129848
PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK
TAHUN 2 SESI 2010/2011
KELAS TUTORIAL SELASA 8-10 PM
MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN

ADEEQMANEYS said...

salam Cik Fyza..

Terima kasih kerana memberikan info tentang kesan radiasi handphone terhadap keishatan.Walaupun ciptaan handphone kini semakin canggih namun kita sebagai pengguna seharusnya bijak dalam penggunaannya lebih-lebih lagi jika sudah maklum akan baik dan buruknya penggunaan handphone. Tak perlu nak sayang sangat dengan model handphone canggih yang kita miliki sebaiknya kesejahteraan diri kita yang perlu diutamakan kerana tubuh badan kita adalah anugerah dari tuhan, kita sebagai hamba bertanggungjawab menjaga dan memelihara tubuh badan kita daripada sebarang kemudaratan.

sekian...

NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
A129848
PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK
TAHUN 2, SESI 2010/2011
KELAS TUTORIAL 8-10 PM
MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN

yayafaf said...

fiza,
Isu yang agak menarik di sini.

Mengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia.

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -

(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49

(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49

(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45

(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45

(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44

(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437

(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42

(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41

(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41

(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Alangkah baik sekali jika Kementerian Komunikasi dan Multimedia negara kita ini juga dapat mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara ini.

Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya.

Sementara kita menunggu data sedemikian itu diumumkan oleh kerajaan kita, wajarlah sebagai langkah awalan kita gunakan alat telinga setiap kali kita berbual panjang menerusi telefon bimbit.

yayafaf said...

Cik fiza,
Mengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia.

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -

(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49

(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49

(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45

(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45

(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44

(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437

(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42

(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41

(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41

(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Alangkah baik sekali jika Kementerian Komunikasi dan Multimedia negara kita ini juga dapat mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara ini.

Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya.

Sementara kita menunggu data sedemikian itu diumumkan oleh kerajaan kita, wajarlah sebagai langkah awalan kita gunakan alat telinga setiap kali kita berbual panjang menerusi telefon bimbit.

NUR RADIA BINTI HARUN
A128048
FSSK/2
PEMBANGUNAN MANUSIA

cik aNa... said...

Walaupun pelbagai kecanggihan teknologi telah muncul sehingga boleh menggantikan fungsi telefon namun ianya tetap tidak boleh mengantikan telefon.Setiap perkara jika kita mengambil atau mengunakannya secara berlebihan akan mengundang bahaya. Untuk mengatakan tidak kepada penggunaannya amatlah sukar kerana telefon menjadi satu keperluan kepada setiap individu melaksanakan tugasan harian. Justeru setiap individu perlu tahu keperluan untuk menggunakan telefon setakat mana dan jangan biarkan teknologi ini mengundang kesan negetif terhadap diri.

ROZANA MOHAMED RAZALI A128055
PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK) TAHUN 2
SEM 2 2010/2011

HidayaH said...

Radiasai mempunyai gelombang radioaktif yang kebanyakannya terdapat pada bahan elektronik.

Ia dikatakan dapat menggangu tahap kesihatan seperti penyakit saraf, gangguan otak dan jantung.

Itulah sebab kita dilarang tidur bersama telefon bimbit dan digantung pada leher (posisinya di dada). Bayi juga tidak boleh didedahkan dengan telefon (Untuk mendengar suara ibu misalannya)kerana organ mereka masih sensitif.

Ubat seperti homeopathy juga dilarang bersebelahan dan bertentangan dengan telefon, radio dan apa-apa alatan yang memberi signal. Keberkesanan ubat itu akan hilang.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam penggunaan alat seperti ini.
Selamat menjadi pengguna bijak!.

NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
A130252
FSSK
TAHUN 2/SEM 2(SESI 2010/2011)
Tutorial: 8-10pm

green kiwi said...
This comment has been removed by the author.
green kiwi said...

Ramai antara kita bergantung kepada telefon bimbit setiap hari. Oleh itu, jika anda perlu menggunakan telefon, tak perlu bimbang sangat. Anda boleh mengurangkan pendedahan radiasi dengan cara-cara berikut:

* gunakan telefon bimbit anda seberapa minima yang boleh, atau hanya jika tiada pilihan lain;
* hantar teks atau guna telefon talian bukan telefon bimbit untuk membuat panggilan;
* pastikan panggilan anda pendek;
* cari tempat di mana anda mendapat signal yang kuat sebelum membuat panggilan.



kajian berkaitan mendapati hubungan antara bayi terdedah kepada telefon bimbit dalam uterus (rahim) dan masalah perlakuan, seperti hiperaktiviti, semasa di zaman kanak-kanak. Kanak-kanak yang menggunakan telefon bimbit nampaknya mempunyai risiko besar mempunyai masalah perlakuan apabila besar.
Kajian yang terbaru pula mengambilkira kenyataan yang kanak-kanak mungkin terjejas jika kurang mendapat perhatian.

CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
A130775
TAHUN2 SEM 2
FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN
SELASA 8-10 MLM

Hamba keinsafan said...

salam fiza..
saya berpendapat bahaya penggunaan telefon tidak boleh dipandang remeh. Yakinlah bahawa penggunaan alat komunikasi seperti telefon bimbit yang tidak bijak mampu mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan.
SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAT
A127887\FSSK/2

ira said...

salam...
saya juga ingin berkongsi maklumat tentang bahayanya radiasi telefon bimbit kepada yang menghidap masalah alahan pada kulit. Penyelidikan terbaru saintis Jepun mendakwa radiasi telefon bimbit boleh memberi kesan alahan kepada mereka yang menghidap masalah seperti eczema atau dermatitis.Menerusi kajian itu, dia mendapati darah beberapa pengguna telefon bimbit itu mempunyai paras bahan kimia yang tinggi dan dihasilkan sistem daya tahan badan sebagai kesan reaksi alahan.harap-harap pengguna telefon bimbit dapat menggunakannya sebaik yang mungkin jangan sampai memudaratkan kesihatan.

NUR SYAIRAH MOHAMAD
A128536
FSSK/2

Ny said...

Salam Fyza,

Terima kasih di atas tulisan yang sungguh informatif ini.

Dewasa ini, sukar untuk berjumpa dengan orang yang tidak menggunakan telefon bimbit. Boleh dikatakan semua orang memiliki telefon bimbit. Ada juga yang mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit. Bayangkanlah betapa banyaknya kemungkinan radiasi yang kita dapat daripada sekeliling kita.

Namun begitu, kesan radiasi ini boleh dikurangkang dengan beberapa langkah yang saudari nyatakan di atas. Saya kira, pihak media perlu menguar-uarkan hal ini kepada orang ramai agar mereka boleh mengurangkan risiko bahaya radiasi ini.

Sekian

MASTURA BINTI NASRUN SANI
FSSK/2
SEM 2/SESI 2010/2011

namr said...

Sebenarnya semua bahan teknologi menghasilkan radiasi, termasuk komputer. Cuma radiasi itu rendah, tidak seperti apabila seseorang itu duduk dalam lombong uranium. Cuma telefon adalah satu benda yang digunakan hampir dengan badan pengguna (letak dekat telinga). Jadi kesannya adalah lebih teruk berbanding dengan alatan seperti PC, TV atau mikrowave (sebab tiada orang letak PC dekat kepala macam bantal).
Ada orang ambil langkah letak gold plated metal dengan tujuan untuk serap radiasi ini, tetapi sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui.

NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

sakinah mawaddah said...
This comment has been removed by the author.
sakinah mawaddah said...

Assalamualaikum Fiza,

Penggunaan telefon kini dianggap sebagai suatu keperluan. Tanpa telefon terasa hidup ini seolah-olah tidak lengkap. Telefon juga merapatkan jurang yang jauh dan ia juga dapat mengubat rindu, terutama dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi atau pun kepada individu yang tinggal berjauhan dengan keluarga.

Namun begitu, disebalik manfaatnya terselit luga kesan keburukannya. oleh itu, para pengguna sekalian seharusnya mengambil tahu akan bahayanya radiasi ini kepada kesihatan penggunanya. Dan sewajarnya para pengguna mengambil langkah yang bijak dalam penggunaanya.


SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
PSIKOLOGI,FSSK
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3

DIEBA said...

salam cik fiza..

terima kasih atas info tersebut. saya baru tahu bahawa penggunaan telefon bimbit sebenarnya boleh mendatangkan risiko pelbagai penyakit bahaya kepada diri kita. sesungguhnya, di sebalik setiap kecanggihan teknologi dicipta, semakin canggih juga lah kesan buruknye kepada diri pengguna. oleh itu, semua pengguna telefon bimbit perlulah mengambil langkah keselamatan sewajarnya bagi mengurangkan risiko radiasi kepada kesihatan diri.

NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
A127162
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
TAHUN 2, SEM 2, SESI 2010/2011
MAKMAL 3, SELASA, 8-10PM

Md Anuar said...

Salah satu langkah untuk mengurangkan penggunaan telefon bimbit adalah dengan mengelakkan dari membeli telefon pintar sebaliknya menggunakan telefon bimbit yang hanya mempunyai fungsi asas iaitu membuat dan menerima panggilan serta menghantar dan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Sekiranya anda membeli telefon bimbit pintar, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi-fungsi lain seperti kamera, radio, internet dan permainan video yang menarik. Ia akan menyebabkan pengguna sering menggunakan telefon bimbit. Dengan mengelakkan diri dari menggunakan telefon pintar dan memilih untuk menggunakan telefon bimbit asas, masa penggunaan akan dapat dikurangkan. Selain itu, telefon bimbit asas juga mempunyai kadar hayat bateri yang pendek. Ini akan menyebabkan pengguna hanya akan menggunakan telefon bimbit apabila benar-benar memerlukan sahaja.

MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

Faizal Ismail said...

isu ini sememangnya memberikan maklumat berguna kepada pembaca. telefon bimbit mempunyai pengaruh yang kuat didalam kehidupan masyarakat di negara ini kini. terutamanya kepada remaja yang kini membesar dalam era perkembangan teknolgi yang begitu canggih. telefon bimbit merupakan suatu alat komunikasi yang penting kerana dapat menghubungkan kedua pihak walaupun berada pada tempat uang berlainan. namun begitu, disebalik kebaikan penggunaan telefon bimbit ini terdapat juga keburukan seperti yang dinyatakan oleh penulis. kesan radiasi yang dikeluarkan oleh telefon bimbit boleh memberikan impak kepada pengguna. oleh itu, pengguna harus berwaspada terhadap penggunaan telefon bimbit.

MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
A128748
MENTION/FSSK/2
SEMESTER 2/2010/2011

Farida said...
This comment has been removed by the author.
Farida said...

Penggunaan telefon bimbit menjadi sangat penting dimana masyrakat seolah-olah tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit hatta hingga meletakkan bawah bantal semasa tidur kerana kebanyakan individu tidak menyedari bahaya radiasi daripada telefon bimbit kerana kurang pendedahan terhadap isu ini. Masyrakat perlu menyedari bahawa radiasi ini kerana pendedahan secara perlahan dan dengan dosej yang sedikitlah sebenarnya akan mendatangkan kebahayaan kepada kesihatan manusia. Oleh itu, gunalah telefon bimbit sewajarnya supaya tidak mendatangkan keburukkan kepada diri.


Faridah Hanis Bt Hood
A130471
FSSK SEM 2 2010/2011
TUTORIAL SELASA 8 MALAM

Anonymous said...

Dah xboleh simpan kat poket nk simpan kat ne bg lelaki ??? Org keje opis xkan nk galas beg simpn henset kot...

Abu Naim said...

Alasan je tu. Simpan kt beg galas pun boleh aper